Desa Cattle Dairy Farm tak ubah seperti New Zealand

Pasti ada yang inginkan suasana yang tenang dan nyaman apabila mengembara jauh. Suhu yang dingin ditambah pula dengan suasana menghijau pasti membuatkan diri terpana dengan keindahan flora.
Terletak di tanah tinggi Masilau Kundasang. Desa Cattle atau dipangil Desa Farm adalah sebuah ladang ternakan tenusu yang mempunyai suasana seperti di luar negara.
Desa Cattle Dairy Farm adalah satu lokasi yang semakin ramai dikunjungi oleh pengunjung dari Semenanjung Malaysia.

Suasana Seperti Luar Negara

Desa Cattle atau dipanggil Desa Farm adalah sebuah ladang ternakan tenusu yg dikatakan mempunyai suasana seperti berada di luar negara. Ramai yang mengatakan ia seperti di New Zealand dan melihat lembu hitam putih yang bersaiz besar itu pun menyeronokkan.
Bagi yang ingin datang ke sini, boleh datang seawal jam 8 pagi dan tiket masuk hanya RM5 seorang. Penulis menginap di Mount Kinabalu Heritage Resort & Spa, hanya 15 minit dari lokasi penginapan. Tatkala van menaiki ke Desa Cattle Dairy Farm, suasana cerah dan puncak Gunung Kinabalu jelas kelihatan
 

Comments

  1. Desa cattle best sangat2 .. Mcm d new zealand ... I love sabah..

    ReplyDelete
  2. Wow.. saya rasa seperti di New Zealand. Bagus tempat ini. Teringin bah saya mahu ke Sabah..

    ReplyDelete
  3. Waw bestnya tmpt ni...udara yg sejuk...

    ReplyDelete
  4. Waw bestnya tmpt ni...udara yg sejuk...

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Pelancongan Ikan Jinak Tagal Kampung Melangkap Tiong. Jom Bercuti

Keindahan Pulau Sipadan