Keindahan Pulau Sipadan

Anda suka akan keindahan kehidupan bawah laut? Keindahan bawah laut ialah keindahan yang sukar digambarkan kerana ianya adalah suatu pemandangan yang jarang- jarang sekali dapat kita lihat berbanding dengan tempat dan keindahan alam semesta yang lain.
Bagi peminat skuba diving, pilihan yang paling tepat anda perlu buat adalah memilih Pulau Sipadan sebagai destinasi pelancongan anda. Sebelum kita meneroka dengan lebih lanjut, mari kita kenali dahulu sejarah dan keunikan Pulau di Sabah yang terindahini, Pulau Sipadan Sabah yang terletak di Semporna.
Pulau Sipadan merupakan satu- satunya pulau samudera di Malaysia daripada batu kapur dengan ketinggian 600 meter dari dasar laut. Pulau Sipadan Sabah mempunyai sejarahnya yang tersendiri.
Pulau Sipadan ialah sebuah pulau yang menjadi rebutan oleh Malaysia dan Indonesia pada suatu ketika dahulu. Malahan, demi merebut pulau ini, isu tersebut dilanjutkan kepada Mahkamah Keadilan Antarabangsa.
 Pulau Sipadan ialah sebuah pulau  lautan berhampiran dengan Semporna, sebuah bandar di pantai timur Sabah, Malaysia. Pulau Sipadan merupakan satu-satunya pulau samudera di Malaysia yang diperbuat daripada batu kapur dengan ketinggian 600 meter dari dasar laut.
 Pulau Sipadan terkenal sebagai satu pilihan tempat bagi aktiviti menyelam skuba
 ( skuba driving ) antara yang terbaik di dunia.
Mengikut keputusan undian umum yang dikeluarkan oleh organisasi tunggal bagi pengundian 7 keajaiban dunia ( New 7 Wonders of Nature Votes Committe ), Pulau Sipadan telah tersenarai antara 77 bentuk muka bumi yang ajaib dan terbaik dunia pada tahun berakhir Julai 2009


 Pulau Sipadan mempunyai tarikannya yang tersendiri. Alam bawah laut Sipadan menawarkan kepada para penyelam pemandangan yang penuh dengan kehidupan marin seperti Barracuda, penyu, ikan dan sebagainya. Warna- warna yang banyak dan bertukar ganti, birai, celah, batu rungkupan, gua besar dan cerombong yang menegak di bawah air yang dibentuk oleh pelbagai karang menanti untuk disaksikan oleh para penyelam yang ingin menikmati tempat selam yang menyeronokkan di dunia.


Pulau ini telah diwujudkan sebagai tempat perlindungan hidupan liar pada tahun 1933 dan persekitarannya yang asal telah dapat dikekalkan sehingga kini. Di sekitar Pulau Sipadan mempunyai beberapa kawasan popular untuk penyelam "Hot spot centre to scuba divers" misalnya Barracuda Point, Turtle Cavern ( Gua Penyu ), Coral Gardens, Drop Off ( terletak berhampiran jeti utama Pulau Sipadan ), North Point, West Ridge, Taman-taman Tergantung (Hanging Gardens), Lobster Lair, Staghorn Crest, South Point, Turtle Patch , Batu Karang Tengah (Mid Reef), Whitetip Aveneu dan Coral Gardens.

Pulau Sipadan amat terkenal dengan keindahan lautnya yang menjadi faktor utama ramai pelancong sama ada di dalam ataupun di luar negara yang berkunjung ke sini dan menghabiskan percutian mereka bersama keluarga tersayang dan juga di samping orang yang disayangi. bagi yang berminat dengan ketenangan alam semulajadi, bolehlah berkunjung dan bercuti di pulau ini.

Comments

  1. Waww cam nak buat honey moon pula kat pulau sipadan .. Hahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mau honeymoon sudah kamu Vera? Hihihi. Untungnya pandai berenang.

      Delete
  2. Waw...percutian menarik ni....

    ReplyDelete
  3. Waw...percutian menarik ni....

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Desa Cattle Dairy Farm tak ubah seperti New Zealand

Pelancongan Ikan Jinak Tagal Kampung Melangkap Tiong. Jom Bercuti