Posts

Desa Cattle Dairy Farm tak ubah seperti New Zealand

Image
Pasti ada yang inginkan suasana yang tenang dan nyaman apabila mengembara jauh. Suhu yang dingin ditambah pula dengan suasana menghijau pasti membuatkan diri terpana dengan keindahan flora. Terletak di tanah tinggi Masilau Kundasang. Desa Cattle atau dipangil Desa Farm adalah sebuah ladang ternakan tenusu yang mempunyai suasana seperti di luar negara. Desa Cattle Dairy Farm adalah satu lokasi yang semakin ramai dikunjungi oleh pengunjung dari Semenanjung Malaysia. Suasana Seperti Luar Negara Desa Cattle atau dipanggil Desa Farm adalah sebuah ladang ternakan tenusu yg dikatakan mempunyai suasana seperti berada di luar negara. Ramai yang mengatakan ia seperti di New Zealand dan melihat lembu hitam putih yang bersaiz besar itu pun menyeronokkan. Bagi yang ingin datang ke sini, boleh datang seawal jam 8 pagi dan tiket masuk hanya RM5 seorang. Penulis menginap di Mount Kinabalu Heritage Resort & Spa, hanya 15 minit dari lokasi penginapan. Tatkala van menaiki ke Desa...

Keindahan Pulau Sipadan

Image
Anda suka akan keindahan kehidupan bawah laut? Keindahan bawah laut ialah keindahan yang sukar digambarkan kerana ianya adalah suatu pemandangan yang jarang- jarang sekali dapat kita lihat berbanding dengan tempat dan keindahan alam semesta yang lain. Bagi peminat skuba diving, pilihan yang paling tepat anda perlu buat adalah memilih   Pulau Sipadan   sebagai destinasi pelancongan anda. Sebelum kita meneroka dengan lebih lanjut, mari kita kenali dahulu sejarah dan keunikan Pulau di Sabah yang terindahini, Pulau Sipadan Sabah yang terletak di Semporna. Pulau Sipadan merupakan satu- satunya pulau samudera di Malaysia daripada batu kapur dengan ketinggian 600 meter dari dasar laut. Pulau Sipadan Sabah mempunyai sejarahnya yang tersendiri. Pulau Sipadan ialah sebuah pulau yang   menjadi rebutan oleh Malaysia dan Indonesia   pada suatu ketika dahulu. Malahan, demi merebut pulau ini, isu tersebut dilanjutkan kepada Mahkamah Keadilan Antarabangsa.   Pulau Si...

Pelancongan Ikan Jinak Tagal Kampung Melangkap Tiong. Jom Bercuti

Image
Saban tahun, ramai pelancong yang datang ke Sabah terutamanya di Kota Kinabalu. Hal ini demikian kerana terdapat banyak tempat-temapt menarik di Sabah. Namun adakah anda tahu masih terdapat tempat yang menarik di Sabah? Jika anda tidak tahu hendak ke mana, apa kata anda datang lah ke tempat ini. 1. Pelancongan Ikan Jinak Tagal Sungai Paramat Kampung Melangkap Tiong Tempat ini merupakan temapat yang amat menarik dan sering menjadi kunjungan oleh para pelancongan. Tempat ini terletak di kampung Melangkap Tiong dengan jarak dari Kota Belud sejauh 30 Kilometer. Tempat ini sangat sesuai dijadikan sebagai destinai pelancongan kerana di sini terdapat ikan jinak yang mesra dengan pelancong. Para pelancong yang  datang ke tempat ini berpeluang bermain bersama ikan jinak. Bukan itu sahaja malah tempat ini amat sesuai untuk dijadikan tempat berkelah. Keadaan sekeliling sungai pelancongan ini amat indah dan menenangkan jiwa dan minda anda. Jom datang ke tempat ini. ...